Pertandingan Memasak Makanan Vegetarian 1Malaysia Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia 2015

vegetarian-food-cooking-competition-ministry-of-health-malaysia-moh-national-day-celebration-2015 (45)

Pertandingan Memasak Makanan Vegetarian 1Malaysia Sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia 2015 anjuran Bahagian Pemakanan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 28 Ogos 2015 di Dataran Bendera, Aras 3, Blok E7. Sebanyak 20 kumpulan iaitu 2 orang peserta setiap kumpulan telah menyertai pertandingan ini.

Peserta terdiri daripada anggota kesihatan dari ibu pejabat KKM, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Institut Perubatan Respiratori dan Hospital Rehabilitasi Cheras. Pelbagai jenis masakan vegetarian telah dipertandingkan antaranya murtabak mi, veggie bento dan nasi pancawarna. vegetarian-food-cooking-competition-ministry-of-health-malaysia-moh-national-day-celebration-2015 (18)

Barisan juri pula terdiri daripada wakil daripada Malaysian Vegetarian Society, Chefs Association of Malaysia, Nutrition Society of Malaysia dan Puspanita Cawangan KKM. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Semua resipi yang dipertandingkan akan dijilidkan oleh Bahagian Pemakanan. 

Source from : Facebook: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Advertisement

Ad-here-350x350

Comments are closed.